Apakah Rakyat Malaysia Boleh Hidup Secara Normal Mulai November

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyidin Yassin telah membentangkan pelan pemulihan Negara pada 15 Jun 2021, pelan pemulihan itu merangkumi empat fasa.

Fasa pertama, bermula bulan Jun, PKP secara menyeluruh dilaksanakan. Fasa kedua, Julai dan Ogos sektor sosial masih ditutup. Seterusnya fasa ketiga bermula pada bulan September dan Oktober dimana sektor sosial dibuka secara berperingkat.

Fasa terakhir, iaitu yang dinanti nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia pada bulan November dan Disember dimana kesemua sektor sosial akan dibuka. Pada saat itu kita dapat menjalani kehidupan seperti dahulu. Boleh melancong, bersukan, membeli belah di pasar raya, mengadakan keramaian dan yang paling menyeronokkan tentulah boleh balik ke kampung halaman.

Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian. Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Tetapi, jangan gembira dahulu. Ini semua hanyalah pelan yang dirancang. Semua ini bergantung kepada jumlah kes Covid-19 samada menurun atau sebaliknya serta beberapa indikator lain yang perlu diambil kira. Marilah kita bersama sama menjadikannya kenyataan.

Sila kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina. PATUH SOP, STAY SAFE, KITA JAGA KITA.

Sumber Facebook

Leave a Reply

%d bloggers like this: