Ebit Lew tak hilang

Ikon dakwah yang tidak asing lagi di Malaysia, juga merupakan seorang dermawan yang sangat terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew berada didalam keadaan selamat ini mengikut apa yang diceritakan oleh seorang penyanyi, Caprice melalui akaun instagram beliau.

Penerima anugerah Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan itu sebelum ini telah ke Gaza, Palestin untuk satu misi bantuan kemanusian. Apa yang menjadi kerisauan apabila Ustaz Ebit Lew yang sebelum ini sentiasa memuat naik status di akaun facebooknya didapati sudah tidak berbuat demikian. Ini mula menimbulkan keresahan pengikut Ustaz Ebit Lew hingga ada yang membuat andaian yang beliau telah hilang, ditambah dengan misi beliau kali ini ke negara yang sedang bergolak.

Walaubagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memberitahu yang beliau berjaya menghubungi Ustaz Ebit Lew melalui aplikasi whatsapp. Menurut Caprice lagi, usahawan dan pemilik rangkaian pasaraya Elewsmart itu berada didalam keadaan yang baik dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan berita palsu sebaliknya meminta mendoakan Ustaz Ebit Lew. Tangkap layar perbualan melalui whatsapp itu juga dikongsi oleh Caprice melalui akaun instagram beliau.

Marilah kita sama sama mendoakan agar Ustaz Ebit Lew berjaya dalam misi di Palestin dan selamat kembali ke tanahair.

Leave a Reply

%d bloggers like this: