Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah

Dibaca 17 kali setiap hari di dalam solat 5 waktu dan hukum membacanya adalah wajib. Satu surah yang amat istimewa buat umat islam, sejak dari kecil setiap individu yang beragama islam pasti akan menghafal surah ini. Namun mengapa surah ini amat dekat dan mudah melekat di jiwa setiap orang islam di dunia ini.

  1. Dengan Nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  4. Yang Menguasai di Hari Pembalasan.
  5. Hanya kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau kami meminta Pertolongan.
  6. Tunjukkanlah kami Jalan yang Lurus.
  7. Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula orang yang sesat.

Diturunkan di Makkah, Al-Fatihah yang bermaksud pembukaan, surah ini disusun dan terletak di muka surat hadapan Kitab Al-Quran. Digelar Ummu Kitab yang bermaksud Ibu Kitab (Al-Quran), ini kerana tersimpul segala isi ayat Al-Quran di dalam surah ini seperti Tauhid (keimanan), akhlak, amal ibadat, janji kebahagiaan dunia dan akhirat, serta lain lain.

Keistimewaan surah Al-Fatihah ialah mampu menyembuhkan penyakit. Menurut Iman Nawawi, sunat membacakan surah Al-Fatihah kepada orang yang sakit, berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud, Tidakkah kamu ketahui bahawa surah Al-Fatihah bersifat ruqyah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan surah Al-Fatihah ialah, barangsiapa yang membacanya 41 kali di antara solat sunat subuh dan fardu, nescaya segala permintaan akan diperkenankan. Membaca 20 kali selepas solat fardu maka rezekinya akan dilapangkan.

Kesimpulannya surah Al-Fatihah ternyata sangat istimewa, namun seeloknya kita membacanya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan bukan sekadar mengharapkan balasan tertentu. Selain Al-Fatihah membaca surah surah lain juga amat dituntut, setiap surah yang terdapat dalam Al-Quran mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia adalah wahyu dari Allah yang juga merupakan Mukjizat junjungan kita nabi Muhammad SAW.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: