Lampu Hazard ‘Si Segitiga Merah’ yang selalu disalah guna

Setiap kereta umumnya dilengkapi dengan butang untuk mengaktifkan Lampu Hazard. Tetapi masih ramai yang tidak tahu apakah fungsi Si Segitiga Merah itu dicipta. Lebih malang ada yang menyalahgunakan ciri keselamatan yang diciptakan itu.

Paling biasa kita lihat ramai pemandu yang menyalakan Lampu Hazard apabila memandu di dalam hujan. Ini boleh mengelirukan pemandu lain dan boleh mengundang bahaya. Sepatutnya cukup dengan menyalakan lampu kecil atau lampu malap ketika hujan.

Ada juga pemandu yang menyalakan Lampu Hazard ketika keadaan berkabus. Ini tidak membantu malah boleh menyebabkan pemandu lain sukar memastikan arah pemanduan kita. Sepatutnya kita boleh menyalakan ‘Fog Lamp’ lampu yang dicipta untuk keadaan berkabus.

Jadi apakah sebenarnya Lampu Hazard ini?

Lampu Hazard atau Si Segitiga Merah ialah lampu kecemasan, ia digunakan disaat kita berada didalam darurat atau kecelakaan di jalanraya.

Ketika kereta mengalami kerosakan atau terpaksa berhenti di bahu jalan Lampu Hazard dinyalakan, ini boleh memberi amaran dan isyarat kepada pemandu lain untuk lebih berhati hati. Selain itu Lampu Hazard juga boleh digunakan untuk mengantikan lampu kereta yang tiba tiba rosak ketika berada di jalanraya pada waktu malam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: