Penjagaan kereta dirumah semasa PKP ‘Lockdown’

PKP datang lagi, ini kali ketiga dalam tempoh 2 tahun penularan wabak Covid 19 akhirnya Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0. Dengan kes harian semakin meningkat dan menghampiri angka 10,000 kes sehari kita sekali lagi terpaksa berkurung dirumah. Nak kesana kesini memang dah tak boleh, untuk mengelakan kereta mereput sahaja dekat rumah disini akan diberikan sedikit panduan penjagaan kereta semasa tempoh PKP.

Bersihkan Kereta

Kalau dah lama sangat kereta parkir tak bergerak perkara utama yang perlu kita buat ialah dengan membersihkannya luar dan dalam. Bahagian dalam kena sentiasa bersih, buang segala sampah dan sisa makanan yang boleh mengundang lipas dan cicak didalam kereta. Basuh bahagian luar dengan pencuci khas untuk melindungi cat kereta, lapkan dengan menggunakan kain yang bersih dan tidak kasar bagi mengelakan kesan calar.

Panaskan Enjin Kereta

Meskipun enjin kereta sekarang sudah mempunyai ECU yang boleh mengoptimumkan fungsi enjin, namun kita juga disarankan untuk memanaskan enjin dua atau tiga kali seminggu. Ini penting untuk minyak enjin sentiasa bergerak dan berhubung dengan komponen enjin yang lain. Tidak perlu mengambil masa yang lama cukup sekadar 5 atau 10 minit setiap kali memanaskan enjin.

Periksa Komponen Kereta

Antara bahagian kereta yang boleh dan mudah untuk diperiksa sendiri ialah air radiator, tahap sukatan minyak enjin, tangki air pengilap cermin, lampu depan, lampu isyarat, lampu break dan juga bahagian bahagian lain. Disamping itu semasa memanaskan enjin kita juga boleh memerhatikan indicator yang bermasalah atau tanda amaran sekiranya ada dipaparkan di odometer kereta.

Membawa Kereta Berjalan Jalan

Walaupun semasa PKP kita masih dibenarkan keluar dengan bersyarat, ambil kesempatan ini untuk memandu kereta biarpun sekejap. Kereta tidak boleh dibiarkan tidak bergerak dalam tempoh masa yang lama, ini boleh menyebabkan bateri kereta menjadi lemah. Bateri yang lemah boleh menyebabkan banyak komponen kereta seperti ECU dan komponen elektronik yang lain tidak dapat berfungsi dengan baik, dan akhir sekali boleh mengakibatkan enjin kereta tidak boleh dihidupkan. Dengan mengerakkan kereta secara berkala juga boleh mengelakkan tayar menjadi rosak seperti bengkak pada bahagian bawah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: