Pogba ‘Buang’ Botol Arak yang di Letakkan di Hadapannya

UEFA EURO 2020, Ketika sesi sidang media selepas perlawanan antara Perancis dan Jerman pagi tadi, Paul Pogba mengambil botol minuman keras yang diletakkan di hadapannya oleh penganjur dan meletakkannya ke lantai sebelum meneruskan dengan sesi soal jawab.

Paul Pogba yang juga pemain tengah untuk pasukan Perancis dan juga bintang utama bagi kelab bola sepak Manchester United merupakan seorang Islam. Beliau dipilih sebagai pemain terbaik pada perlawanan tersebut, yang menyaksikan mereka menewaskan Jerman dengan jaringan 1-0.

Apa yang dilakukan oleh beliau mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Christiano Ronado yang mengenepikan botol minuman Coca cola yang diletakkan di hadapannya semasa sidang media.

Leave a Reply

%d bloggers like this: