Resepi Ayam Peri Peri Ala Nando’s, Buat Sendiri Dekat Rumah

Pernah tak makan dekat Nando’s, bagi siapa yang pernah merasa ayam panggang peri peri pasti tak akan lupa keenakannya. Terfikir tak bagaimana cara untuk menyediakannya, nampak macam susah kan, tapi sebenarnya senang sahaja. Di sini kami akan kongsikan resepi dan cara penyediaan ayam panggang peri peri ala Nando’s.

Bahan Bahan

  1. Ayam 1 ekor
  2. Cili Padi 6 tangkai
  3. Cili merah besar 3 tangkai
  4. Bawang putih 5 ulas
  5. Bawang merah 4 biji
  6. Tomato 1 biji
  7. Jus lemon 1 biji (diperah)
  8. Serbuk paprika 4 sudu
  9. Parsli 1 sudu
  10. Oregano 1 sudu
  11. Minyak masak 4 sudu
  12. Garam 2 sudu
  13. Gula 2 sudu

Bahan bahan no 2 hingga no 6 dibakar tidak terlalu hangus sekadar untuk mendapatkan rasa asap sedikit. Selepas itu kisarkan sampai halus kesemua bahan bahan diatas (tidak termasuk ayam ye).

Lumurkan bahan bahan yang dikisar tadi keseluruh bahagian ayam, perapkan ayam selama 2 hingga 3 jam. Selepas itu boleh mula memanggang, boleh mengunakan ketuhar, air fryer atau kuali ajaib je. Sekiranya ada air fryer dan ketuhar bersaiz besar boleh masukkan terus 1 ekor ayam. Setkan suhu 170c selama 20 minit dan boleh mula memanggang, selepas 10 minit terbalikkan ayam dan sapukan sedikit lebihan bahan perapan tadi. Selepas 20 minit kurangkan suhu kepada 140c dan sambung memanggang selama 20 minit lagi, setiap 10 minit balikkan ayam dan sapu dengan bahan perapan tadi.

Sekiranya tidak ada air fryer yang boleh memuatkan untuk 1 ekor ayam boleh juga ayam dipotong kepada 4 bahagian. Bagi mendapatkan rasa ayam yang seperti dibakar menggunakan api, kita boleh panggang menggunakan kuali ajaib terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam air fryer atau oven.

Ayam panggang ala Nando’s peri peri sudah siap, boleh dihidangkan dengan coleslaw dan kentang. Nanti boleh cuba ye senang jimat dan sedap, boleh lah dimakan bersama keluarga tersayang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: