Toyota Alphard dan Vellfire ‘MPV Premium’, kenapa bersepah diatas jalan raya?

Tidak salah sekiranya kita ingin melabelkan Toyota Alphard dan Vellfire sebagai MPV Premium yang paling popular di Malaysia. Menjadi impian bagi para peminat MPV untuk memiliki Toyota Alphard dan Vellfire. Selain dari kelihatan gah dijalanraya, tidak dapat dinafikan keselesaan dan kenikmatan pemanduan model ini antara faktor ramai yang ‘terjerat’.

Harga baru bagi sebuah Model Toyota Vellfire 2.5 adalah sekitar RM366,000 dan bagi Toyota Alphard 3.5 sekitar RM444,000, dengan harga yang agak tinggi mungkin ramai yang bertanya kenapa jenama ini banyak sekali kelihatan di jalanraya. Toyota Alphard dan Vellfire yang kita nampak itu kebanyakannya adalah dari jualan ‘Grey Market’ atau istilah lain adalah kereta Recond atau lebih tepat lagi ‘unregister used imported’ yang dibawa masuk oleh pemilik pemilik AP untuk dijual di Malaysia.

Model yang sangat laris jualannya di Jepun itu di jual semula di Malaysia dengan harga yang jauh lebih rendah dari model baru yang dijual oleh Toyota Malaysia. Berbeza dengan model yang dijual oleh Toyota Malaysia model yang dimport sebagai ‘used imported’ ini mempunyai pelbagai variant dan spec, dengan harga dari serendah RM170,000 dan keatas bergantung kepada tahun diperbuat dan juga spesifikasi kereta.

Selain harga yang rendah kebanyakan kereta yang dibawa masuk adalah didalam kondisi yang sangat baik dan memilikinya seakan memiliki sebuah jentera baru. Pembeli juga boleh mengetahui sejarah dan latar belakang kereta yang akan dibeli kerana ada syarikat yang menjual laporan ini secara online dengan bayaran serendah RM50 sahaja. Antara faktor lain, ramai yang memilih untuk membeli kereta recond adalah kerana bank menawarkan ‘interest rate’ yang rendah serta tempoh pinjaman boleh dilanjutkan sehingga ke 9 tahun. Apa yang lebih menarik kebanyakan dealer kenderaan recond ini menyediakan jaminan sehingga 5 tahun untuk kereta yang dijual.

Keyakinan tinggi kepada Jenama Toyota adalah antara penyumbang utama mengapa model ini diterima walaupun sebagai kereta ‘used imported’. Sekarang ini kita boleh lihat Toyota Alphard dan Vellfire banyak sekali diatas jalan raya, ada dimana sahaja dan sudah hampir sama banyaknya dengan Myvi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton Baharu, Perodua Baharu dan Mitsubishi, Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: