Apa Keistimewaan Hari Jumaat Bagi Umat Islam

Dari Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) diantara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar” Riwayat Muslim

Jumaat dalam bahasa arab ialah “jumu’ah” yang berasal dari perkataan “jama’a”, iaitu berkumpul. Memang sudah menjadi kelaziman bagi orang islam untuk berkumpul dan bersolat bersama terutamanya bagi kaum lelaki pada hari Jumaat.

Tetapi betul ke ia adalah Penghulu Segala Hari bagi umat islam. Menurut jawapan yang dikeluarkan oleh laman web rasmi pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memang ada hadis yang diriwayatkan menyatakan hari Jumaat adalah penghulu segala hari.

Namun begitu disebabkan perawinya dikatakan seorang yang lemah ingatannya maka hadis itu dikategorikan sebagai hadis dhaif. Teapi disebabkan banyak hadis lain yang meriwayatkan perkara yang sama ia menjadi sokongan kepada hadis tetsebut, lagipun riwayat tersebut tidak melibatkan perkara ibadah dan hanya menerangkan keistimewaan hari Jumaat.

Walaupun begitu, ia tidak sedikit pun mengurangkan keistimewaan hari Jumaat kerana banyak lagi hadis yang menceritakan tentang kelebihan hari Jumaat.

Antara keistimewaan hari Jumaat ialah seperti, hari Allah menciptakan Nabi Adam, hari Allah menurunkan Nabi Adam kebumi, dan hari Allah mematikan Nabi Adam. Hari kiamat juga adalah pada hari jumaat.

Hari Jumaat juga adalah hari yang diwajibkan kepada setiap lelaki islam untuk solat berjemaah di masjid sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali khutbah yang kita panggil Solat Jumaat. Disamping itu, ia juga merupakan hari yang mustajab untuk berdoa ini jelas membuktikan betapa istimewanya hari Jumaat itu.

Kesimpulannya, hari Jumaat adalah hari yang Agung kerana ia mempunyai keistimewaan, kelebihan dan kemuliaan berbanding hari hari yang lain. Kepada semua umat islam tidak kira lelaki mahupun perempuan marilah kita ambil peluang dengan keberkatan hari Jumaat untuk berdoa dan menambahkan amal ibadat.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Iklan: Dapatkan kereta Import Recon unregister, Proton, Perodua, Toyota dan Mitsubishi Baharu. Perbaharui Insuran dan Cukai Jalan WhatsApp di sini 0106538079.

Leave a Reply

%d bloggers like this: