COVID-19 itu Benar

Sudah lebih 2 tahun Pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, tapi masih ada yang merasakan ia adalah omongan kosong yang hanya rekaan untuk menakutkan orang ramai. Pelbagai cerita dan teori konspirasi dicipta untuk menyokong pandangan mereka.

Corona Virus atau Covid-19 pertama kali ditemukan di wilayah Wuhan, China pada tahun 2019. Pada ketika itu kita lihat ia merebak dengan cepat sehingga perintah Lockdown secara besar besaran, sehingga dunia mengelarkan Wuhan sebagai ‘bandar hantu’. Namun siapa sangka, Corona Virus merebak dengan sangat pantas sehingga ke seluruh pelosok dunia termasuklah negara kita.

Sehingga kesaat ini, Corona Virus telah menjangkiti kepada lebih kurang 176 juta orang di seluruh dunia. Jumlah kematian yang direkodkan adalah menghampiri 4 juta orang yang disebabkan oleh Covid-19.

Namun masih ada yang beranggapan ia hanyalah agenda politik yang sengaja direka. Di negara kita jumlah kematian akibat Covid-19 sudah hampir 4 ribu orang, dan jumlah yang telah dijangkiti pula menghampiri 700 ribu orang.

Setiap hari pasti kita akan mendengar ada kawan kita yang dijangkiti, ada jiran kita, atau jiran kepada kawan kita, rakan kepada rakan kita atau ahli keluarga kita sendiri yang di jangkiti. Lebih malang jika ia melibatkan kematian, orang yang kita kenal atau orang yang dekat dengan kita. Tetapi amat pelik jika masih ada yang tak percaya akan kewujudan virus yang sampai sekarang masih belum ada penawarnya. Mungkin sampai nyawa sendiri yang melayang baru lah kita sedar, Virus-19 adalah benar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: