Awas jangan lalai dalam menjaga minyak enjin, ini akibatnya…

Enjin adalah komponen yang perlu dijaga dengan rapi bagi menjamin kereta anda boleh berfungsi dengan optimum. Oleh itu minyak enjin mesti diganti secara berkala dengan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh workshop, biasanya mengikut jenis minyak enjin yang digunakan samada setiap 5,000 km, 7,000 km atau setiap 10,000 km.

Anda digalakkan untuk menganti minyak enjin mengikut kilometer yang ditetapkan atau awalkan sedikit. Walaupun belum cukup had kilometer tetapi perlu diingat enjin tetap bekerja walaupun kereta tidak bergerak, contoh bila kita berada dalam kesesakan lalu lintas atau dalam keadaan parkir yang enjin tidak dimatikan.

Semasa kereta sedang bergerak atau ketika enjin dihidupkan enjin akan menerima kesan daripada pembakaran di dalam enjin. Serpihan logam yang terhasil dari geseran antara komponen di dalam enjin dan kotoran yang terhasil dari pembakaran akan menjadi habuk yang akan bercampur dengan minyak enjin.

Kotoran ini akan mendap dan menyebabkan minyak berkeladak dan kasar. Minyak yang sepatutnya menjadi pelincir sudah tidak boleh memberi kesan yang optimum kepada enjin. Ini sekaligus memberi kesan kepada komponen enjin yang lain seperti silender, piston, camshaft dan juga crankshaft.

Ibarat kata pepatah “Bila keranda sudah diusung, menangis pun tidak berguna lagi”.

Minyak yang berkeladak dan kotor akan menjadikan saluran minyak tersumbat. Ini akan menyebabkan komponen di dalam enjin tidak dapat beroperasi dengan baik.

Salah satu tujuan minyak adalah untuk menyejukkan enjin, sekiranya minyak sudah kotor ini boleh menyebabkan overheating dan boleh merosakkan kepala selinder.

Selain itu minyak yang kotor akan menjadikan enjin tidak berada di tahap terbaik, ini juga akibat kesan dari kepanasan di dalam enjin. Antara kesan sekiranya enjin tidak berada di tahap optimum menyebabkan enjin terpaksa bekerja lebih dari biasa dan boleh membazirkan minyak kereta.

Apa yang paling ditakuti sekiranya kita lalai dalam menjaga minyak enjin ialah boleh merosakkan keseluruhan enjin. Kos yang sangat besar perlu dikeluarkan sekiranya enjin perlu dibuat overhaul atau sekiranya enjin perlu diganti. Ibarat kata pepatah “bila keranda sudah diusung, menangis pun tidak berguna lagi”.

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Leave a Reply

%d bloggers like this: