Moratorium Automatik atau Bersyarat, yang Mana Lebih Baik

Moratorium yang diambil dari bahasa latin iaitu ‘mora’ yang digunakan untuk perkataan menunda, atau maksud yang luas bagi Moratorium dalam bahasa latin ialah ‘lalai’.

Pengertian Moratorium adalah penundaan, penangguhan, dan penghentian sementara terhadap peraturan, undang undang, perjanjian kesepakatan yang telah ada sehingga batas waktu yang ditetapkan.

Semasa pelaksanaan PKP yang pertama pada tahun lepas kerajaan telah mengarahkan bank bank untuk memberikan Monatarium secara automatik kepada semua peminjam. Tetapi pada PKP kali ini Monatarium akan diberikan kepada mereka yang layak dan memohon sahaja.

Bagi yang mempunyai pinjaman kenderaan, agak merugikan sekiranya kita membayar pinjaman setiap bulan namun kita tidak dapat pergi ke mana mana akibat kekangan PKP ini. Kepada yang merasakan perlu untuk mengambil monatarium anda boleh menghubungi bank anda untuk memohon.

Walaupun Monatarium kali ini bukan secara automatik, tetapi untuk memohon tidaklah terlalu susah. Kebanyakan bank menyediakan perkhidmatan ini melalui laman sesawang rasmi bank masing-masing. Peminjam boleh mengisi permohonan secara atas talian, dan mereka boleh memilih samada untuk membuat penangguhan penuh pembayaran selama 3 bulan atau pembayaran separuh dari jumlah bayaran bulanan selama 6 bulan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: