Provokasi Melampau Mengundang Padah

Polis menahan 5 orang penghantar makanan dan seorang pelanggan. Sebelum ini tular video seorang penghantar makanan mendakwa di provokasi oleh seorang pelanggan.

Persatuan P-Hailing Malaysia mahukan pihak berkuasa menyiasat kes ini secara telus kerana pelanggan didakwa melakukan provakasi dengan menggunakan nama dan sensitiviti agama.

Walaubagaimanapun, tindak balas dari sekumpulan penghantar makanan terhadap pelanggan selepas itu mengundang padah apabila mereka ditahan oleh polis.

Menurut presiden P-hailing Malaysia, kelima pemandu yang ditahan itu sebenarnya pergi ke tempat kejadian untuk meleraikan pergaduhan, sebaliknya mereka pula yang di tahan. Kini pihak persatuan sedang mengumpulkan derma untuk menanggung kos guaman mereka yang ditahan.

Isu pergaduhan yang melibatkan pelanggan dan penghantar makanan ini bukan perkara baru, sebelum ini juga sudah banyak dilaporkan insiden yang serupa. Ini adalah punca dari provokasi melampau samada dari pihak pelanggan atau pemandu itu sendiri.

Terkini menurut seorang penguna di laman facebook, MB Kedah telah menyumbangkan RM 5,000 kepada tabung kilat untuk pemandu pemandu yang ditahan, namun begitu kesahihan berita ini belum dapat dipastikan lagi.

Kesimpulannya, kita kena berhati hati dalam menangani isu yang melibatkan sensiviti agama jangan mudah mengikut perasaan sehingga terperangkap dengan provokasi, biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan dan menyelesaikannya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: