Resepi mudah Sambal Ikan Bilis, Cepat dan Sedap

Nasi lemak tanpa sambal ikan bilis memang tak sah, sebenarnya sangat senang untuk membuat sambal ikan bilis yang sedap. Dalam kesibukan menguruskan urusan harian resepi ini amat sesuai untuk dimasak bukan sahaja oleh para ibu juga oleh bapa bapa sekalian. Ini kerana bukan sahaja senang tapi Sambal Ikan Bilis anda pasti sedap dan confirm menjadi.

Bahan Bahan

  1. Segenggam lebih ikan bilis
  2. Bawang merah 5 ulas
  3. Bawang Holland 1 biji
  4. Garam 2 sudu teh
  5. Gula 2 sudu teh
  6. Asam Jawa 1 sudu teh
  7. Cili giling 2 sudu
  8. Pes Sambal tumis maggi 1 pek 60 gram

Panaskan minyak tak perlu banyak lebih kurang 4 sudu teh, minyak dah panas perlahankan sedikit api dan masukkan ikan bilis yang telah siap dicuci. Bila ikan bilis dah bertukar warna menjadi sedikit kekuningan boleh masukkan bawang yang telah dipotong halus.

Seterusnya apabila bawang sudah kekuningan boleh masukkan Pes Sambal Tumis Maggi, tambah cili giling dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak. Tambah 1 cawan air, asam jawa, gula, dan garam. Masak dengan api yang tidak terlalu kuat lebih kurang 5 minit, akhir sekali masukkan bawang holland yang telah dipotong halus masak sekejap dalam 1 minit dah boleh tutup api.

Sambal Ikan Bilis dah siap sesuai dihidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih biasa.

*boleh juga tambah petai

Leave a Reply

%d bloggers like this: