‘Sambal Mempelam’ menu simple tapi menyelerakan

Hari hari pekena kari je mana boleh tahan kan, ye begitulah apabila setiap hari kita dihidangkan dengan menu masakan sama yang agak berat seperti kari, masak lemak, rendang dan lain lain ini boleh mengundang kebosanan. Pernah dengar sambal mempelam atau orang sebelah pantai timur mengelarnya ‘samba pauh’. Menu yang sangat ringkas dan mudah disediakan tetapi mampu membangkitkan selera pengemarnya.

Bahan Bahan

  1. Segenggam ikan bilis
  2. Mempelam muda 2 biji
  3. Cili api 6 biji

Panaskan minyak, perlahankan sedikit api masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan dan goreng sehingga garing, toskan ikan bilis untuk mengurangkan minyak daripada gorengan tadi. Mempelam seeloknya guna buah yang muda, kupas kulit dan diricik halus isinya.

Seterusnya masukkan mempelam dan cili kedalam lesung dan ditumbuk kasar (jangan sampai hancur). Akhir sekali masukkan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi kedalam lesung untuk ditumbuk kasar bersama mempelam dan cili.

Selepas itu gaulkan kesemuanya dan sekarang Sambal Mempelam sudah siap. Mudah sahaja kan, ini kalau makan dengan nasi panas dan telur dadar pasti lebih menyelerakan.

Sambal mempelam ikan bilis

Sebagai tambahan ikan bilis boleh juga digantikan dengan ikan sardin atau ikan kembung. Ikan perlu dikukus atau direbus, ambik isinya ditumbuk sedikit menggunakan lesung dan di gaul dengan bahan bahan tadi.

Sambal mempelam versi ikan rebus

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: