China Berjaya Cipta ‘Matahari’ Sendiri, Kini Mereka Sudah Sampai ke Marikh

China yang sebelum ini terkenal dengan barangan murahan dan juga pembuatan pelbagai produk cetak rompak kini sudah selangkah ke depan dari negara maju yang lain dalam bidang teknologi.

Pada 2018 negara Komunis itu telah berjaya membina ‘bulan tiruan’ buatan mereka yang menerangi bandar di wilayah Si Chuan. Terbaru mereka juga telah berjaya membina ‘Matahari buatan’ yang berkuasa nuklear. Ia mengunakan medan magnetik yang kuat dan boleh menghasilkan kepanasan sehingga 150 juta darjah celcius iaitu kira kira 10 kali ganda dari kepanasan pusat matahari.

Kini, pada jumaat yang lalu Jabatan Angkasa China (CNSA) mendedahkan gambar kejayaan mereka menghantar misi ke planet Marikh. Gambar yang dirakam dari kenderaan perayau itu menampakkan panorama dan permukaan Marikh.

Perkembangan pesat teknologi dari negara China ini ternyata menimbulkan kegusaran dari negara lain terutamanya musuh mereka iaitu Amerika Syarikat. Perlu ada kuasa besar lain untuk menyaingi mereka ini bagi mengimbangi kekuatan China. Ini sangat penting bagi menjaga kedamaian rantau ini dan untuk mengelakkan mereka berlagak seperti ‘abang besar’

Leave a Reply

%d bloggers like this: