Geng Silat pula di Kompaun Kerana Langgar SOP

Hasil aduan dari orang awam, pihak polis telah menyerbu sebuah rumah yang di dapati melanggar SOP standard perintah kawalan pergerakan PKP 3.0.

Seramai 8 orang dewasa yang berumur 21 hingga 56 tahun di kompaun dengan jumlah keseluruhan RM 24,000. Mereka didakwa melakukan aktiviti persilatan di sebuah rumah teres di Bandar Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Ketua Polis daerah Petaling Jaya ACP Muhammad Fakhrudin Abd Hamid berkata mereka di kompaun kerana melakukan kesalahan berkumpul dan ziarah yang melanggar peraturan SOP PKP 3.0.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: