Harimau Malaya Patah Taring, Tewas lagi kepada Vietnam

Badi kekalahan kepada Vietnam terus menghantui Malaysia selepas tewas tipis 1-2 kepada Vietnam malam tadi. Malaysia yang dikatakan memiliki antara barisan pemain terbaik setakat ini gagal mencipta kejutan dan terus mengekalkan rekod 6 kekalahan berturut turut terhadap Vietnam.

Pada aksi kelayakan Piala dunia dan Piala Asia 2022 itu Vietnam terlebih dahulu membuka jaringan pada babak pertama menerusi tandukan Tien Linh hasil kealpaan pemain Malaysia setelah diasak oleh Vietnam.

Malaysia terus menekan Vietnam pada 10 minit terakhir masa pertama, dan terus mengekalkan permainan terbaik pada babak kedua. Hasilnya, Malaysia berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas De Paula dijatuhkan di kawasan penalti pada minit ke 70 dan beliau dengan mudah berjaya menewaskan penjaga gol Vietnam.

Tetapi mimpi buruk buat Malaysia yang dibarisi ramai pemain naturalisasi apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang penuh kontroversi kepada Vietnam pada 10 minit terakhir permainan.

Keputusan itu sekali gus meletakkan Vietnam kekal ditangga teratas bagi kumpulan G, dan Harimau Malaya hilang peluang untuk menduduki tempat kedua kumpulan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: