Rumput Sambau, Rumput Liar yang Banyak Khasiatnya

Dikenali sebagai rumput degil, mudah dijumpai di kawasan perkampungan, tumbuh liar melata tidak siapa yang peduli. Hanya lembu dan kambing yang menjadikan rumput Sambau sebagai santapan istimewa.

Tidak ramai yang tahu akan khasiatnya, tapi jangan terperanjat rumput ini ada dijual di Shopee dan Lazada. Rumput Sambau merupakan rumput tahunan yang berasal dari keluar Graminea, dipercayai sejenis rumput yang datang dari China, Jepun dan Malaysia serta dari negara-negara yang beriklim tropika.

Antara khasiatnya ialah:

1. Akar direbus, boleh kecutkan perut dan usus, merawat cirit birit, menurunkan suhu badan, dan merawat penyakit hati bengkak.

2. Daun dikisar, untuk mengubati keracunan, dan masalah kecacingan. Bagi yang menghidap penyakit kulit seperti kurap, juga boleh menggunakan daunnya sebagai ubat.

3. Akar daun dan batang direbus, baik untuk merawat saluran kencing dan boleh membuang toksin dalam badan. Boleh juga untuk masalah kencing tidak lawas, merubat masalah angin pasang, masalah gigi dan gusi berdarah, juga berkesan bagi masalah penghadaman. Selain itu, rumput Sambau juga dipercayai boleh mengubat bayi yang ada masalah kuning semasa lahir.

Walaupun begitu, belum ada bukti secara klinikal yang boleh mengesahkan khasiat rumput Sambau, perkongsian ini hanya sekadar pengalaman dari penceritaan mereka yang pernah mencuba. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: