Harimau ‘makan tuan’

Seekor Harimau dari jenis Siberia dilaporkan telah menyerang dan membxnxh penjaganya sendiri. Harimau besar yang memiliki berat melebih 300 kg itu adalah seekor harimau yang ganas.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah zoo di Cape Town, Afrika Selatan. Semasa kejadian pagar elektrik ditaman haiwan Seaview Predator Park di bandar Port Elizabeth itu telah dimatikan.

David Solomon yang merupakan penjaga kepada harimau tersebut digigit beberapa kali, dan lehernya juga patah dalam serangan tersebut.

Harimau tersebut telah memanjat pagar elektrik semasa arus elektrik dimatikan dan bertindak agresif mengejar penjaganya itu. Solomon yang menyedari dikejar oleh binatang ganas itu cuba melarikan diri dengan memanjat pagar, namun tidak berjaya setelah dia diseret kebawah oleh pemangsa buas tersebut. Selepas menyerang penjaganya, harimau itu terus menganas dengan membxnxh seekor lagi harimau lain disitu.

Kejadian tersebut membuatkan semua kakitangan dan sukarela yang bekerja merasa trauma. Apa yang menyedihkan, Solomon ialah seorang yang bertanggungjawab menjaga harimau tersebut sejak dari harimau itu kecil dan beliau sangat sayangkan haiwan tersebut.

Kesimpulannya, haiwan tetap seekor haiwan walau berapa baik kita menjaganya. Perlu lebih berhati hati terutamanya kepada mereka yang gemar membela haiwan haiwan ganas ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: