Dua Tahun Prebet Suria dan Keluarga Terpaksa Tinggal dibawah Jejantas di Jalan Loke Yew

Kesulitan hidup memaksa Prebet Suria dan keluarga terpaksa berteduh di bawah jejantas yang terletak di jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Kisah tujuh beranak yang tular sebelum ini kini mendapat perhatian dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun.

Entah di mana silapnya sehingga kita terlepas pandang kesusahan yang ditanggung pesara tentera terbabit. Selama dua tahun, tempoh yang agak lama terpaksa diharungi keluarga tersebut yang terpaksa berteduh di bawah jejantas. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka mampu meneruskan hidup tanpa kemudahan asas seperti bekalan elektrik. Difahamkan keluarga terbabit hanya memasak menggunakan dapur kayu api.

Menurut Rina, mereka akan ditempatkan sementara di rumah transit di flat Sri Cheras sebelum proses mendapatkan rumah lain oleh DBKL. Di samping itu, empat orang anak Prebet Suria juga akan menerima bantuan dari Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Selain itu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Hal Ehwal Veteren Angkatan Tentera Malaysia juga turut turun membantu. Difahamkan juga Baitulmal Wilayah Persekutuan juga turut sama menyantuni keluarga tersebut minggu lepas.

Sekiranya semua pihak dan jabatan memainkan peranan masing-masing masalah sebegini mungkin tidak akan timbul. Terima kasih juga kepada jabatan netizen kerana mengviralkan perkara seperti ini sehingga sampai ke pengetahuan pihak yang sepatutnya membantu.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: