Tiga Pemain Bolasepak Muslim Terbaik di Dunia

Bola sepak ataupun sepak bola mana sebutan yang betul, tidak kisah yang mana satu tetapi sukan nombor satu di dunia ini mempunyai ramai sekali peminat. Tidak kira, muda atau tua, lelaki atau perempuan, tidak mengira bangsa atau agama, semua meminati bola sepak. Tetapi, sedar tak kita, sejak kebelakangan ini peningkatan jumlah pemain bolasepak yang beragama islam semakin bertambah.

Sekiranya hendak disenaraikan jumlahnya terlalu ramai, maka disini kita akan memilih tiga orang pemain bolasepak yang beragama islam yang sangat terkenal dan paling berbakat.

1. Mesut Ozil

Bekas pemain utama untuk pasukan Jerman, beliau dikenali sebagai ‘The Assist King’ adalah seorang muslim yang baik. Pemain berketurunan Turki itu memulakan karier bersama kelab Schalke 04, dan selepas itu beliau menyertai beberapa kelab terkemuka di dunia. Antaranya, ialah menjadi kesebelasan utama skuad Real Madrid. Bermula pada tahun 2010 sehingga 2013 beliau cemerlang membantu Real Madrid menjulang pelbagai piala kejohanan.

Pada tahun 2013 beliau berjaya dipujuk oleh Arsene Wenger untuk menyertai Arsenal dengan rekod perpindahan tertinggi pada masa itu. Akibat kelantangan dia bersuara mengenai nasib kaum muslim Uighur di China, ia dipercayai menjadi sebab mengapa dia disisihkan dari skuad utama Arsenal. Pencapaian terbaik di pentas antarabangsa ialah apabila dia menjulang trofi Piala Dunia pada tahun 2014 bersama Jerman.

2. Mohamed Salah

Mohamed Salah Hamed Mahrous Ghaly, atau lebih dikenali sebagai MO Salah pemain bolasepak profesional Mesir dan merupakan bintang utama gergasi Liga Perdana English, iaitu Liverpool. Pemenang FIFA Puskas Award itu telah merangkul pelbagai anugerah sepanjang bersama Liverpool, antara kejayaan cemerlangnya ialah memenangi kejohanan UEFA Championship pada tahun 2018-19, beliau juga membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana English pada tahun 2019-20.

Mempunyai ramai peminat dan pengikut di serata dunia, namun MO Salah sentiasa merendah diri. Dikenali sebagai seorang muslim yang baik beliau banyak menghabiskan masa membaca Alquran, juga banyak memberi sumbangan seperti untuk pembinaan masjid serta hospital di kampung halamannya.

3. N’Golo Kante

Tidak ramai yang mengenali N’Golo Kante, tetapi beliau adalah salah seorang pemain terbaik dunia pada hari ini. Pemain kebangsaan untuk pasukan Perancis itu juga merupakan kesebelasan utama bagi kelab bola sepak Chelsea. Beliau dikenali seorang muslim yang taat, bagi beliau perkara utama adalah islam selepas itu barulah bolasepak. Kedua ibu bapanya berasal daripada Mali dan beliau dilahirkan di Perancis, kemana pun beliau pergi tempat pertama yang dicarinya adalah masjid.

Pada 2016 beliau menjadi tongak utama untuk membantu pasukan bawahan Leicester City merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris. Beliau antara pemain yang cukup rajin diatas padang, berjaya membantu Chelsea pula menjuarai Liga Perdana English pada tahun 2017. Terbaru beliau menjadi watak utama untuk membantu Chelsea menjulang piala Juara Eropah musim 2020-21. Seorang yang pemalu, hidup bersederhana, murah dengan senyuman beliau adalah merupakan cerminan bagi seorang muslim yang taat.

Sebenarnya ramai lagi pemain bolasepak islam yang hebat dan terkenal antaranya Paul Pogba, Marouane Fellani, Sadio Mane, Ibrahim Affellay, Frank Ribery dan ramai lagi.

Adakah anda bersetuju, jika tidak senaraikan tiga pemain muslim terbaik yang anda tahu di ruangan komen.

Leave a Reply

%d bloggers like this: