Man Raja Lawak Terkilan, Bantuan Kewangan Terpaksa Dihentikan

Abd Rahman bin Kasim, atau ramai yang mengenali beliau sebagai Man Raja Lawak. Merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat, Man disenangi kerana kemurahan hatinya untuk membantu insan yang menghadapi masalah kewangan.

Man secara solo berjaya memenangi Anugerah Juara Raja Lawak Astro musim kelima pada tahun 2011, dan beliau juga adalah Juara Maharaja Lawak Mega 2019 kali ini bersama kumpulan Puteh yang turut diangotai oleh Ali dan Mamak.

Sebelum ini, Man telah mengumumkan di media sosial untuk berkongsi sebahagian hadiah kemenangan dengan orang ramai yang mengalami masalah kewangan. Berikutan dengan itu, beliau setiap hari mendapat mesej melalui instagram daripada orang yang memerlukan bantuan.

Tetapi malangnya, beliau terpaksa menghentikan bantuan ini disebabkan wang simpanannya semakin berkurangan. Malah dengan keadaan pandemik Covid-19 yang masih berlanjutan beliau juga tidak mendapat tawaran bekerja. Simpanan yang ada hanya digunakan untuk diri sendiri serta membantu saudara dan kawan terdekat sahaja.

Beliau sedikit merasa terkilan dengan sikap segelintir orang yang masih tidak faham keadaannya sekarang dan seakan memaksa untuk diberikan bantuan. Walau bagaimanapun, beliau meminta supaya dia dimurahkan rezeki agar boleh terus memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: