Sekiranya Parlimen Kembali Bersidang, Apa yang Bakal Berlaku?

Parlimen adalah dimana tempat undang undang digubal, melulus dan meminda undang undang bagi Kerajaan Persekutuan. Parlimen Malaysia terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara, disini mereka akan bersidang serta membahasakan isu isu yang dibangkitkan.

Baru baru ini, hasil daripada perbincangan Majlis Raja Raja Melayu, Pejabat Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan media pada 16 Jun 2021 supaya Parlimen dibuka secepat mungkin. Umum mengetahui sekarang ini negara kita berada dibawah perintah darurat kesihatan yang menyaksikan Parlimen ditutup.

Mengikut plan pemulihan yang baru dibentangkan Perdana Menteri, Parlimen akan dibuka pada Ogos atau September iaitu selepas tamatnya perintah darurat. Ini telah mendapat tentangan oleh ramai ahli politik, mereka mengesa kerajaan supaya menyegerakan supaya Parlimen dibenarkan untuk kembali bersidang.

Ramai yang berpendapat Parlimen perlu dibuka untuk membahasakan masalah rakyat, membahasakan langkah langkah untuk menangani pandemik Covid-19 dengan lebih telus. Selain itu, masalah ekonomi yang semakin meruncing juga perlu dibincang dengan kadar segera oleh ahli Parlimen.

Antara yang mengesa untuk segerakan Parlimen dibuka ialah Ahli Ahli Parlimen dari parti pembangkang, namun ada juga Ahli Parlimen dari UMNO yang merupakan sebahagian dari ahli Kabinet Kerajaan sekarang yang mahukan Parlimen Kembali bersidang bagi menjunjung titah perintah daripada YDP Agung.

Namun begitu, perkara yang paling merisaukan sekiranya ada ahli Parlimen yang bersikap tidak matang sehingga mengusulkan undi tidak percaya. Ramai yang meramalkan sekiranya ada usul begitu yang dibuat, kerajaan sekarang akan tumbang ataupun pilihanraya umum terpaksa diadakan. Ini berikutan jumlah kerusi seakan tidak berpihak kepada kerajaan yang memerintah.

Semua ahli parlimen sepatutnya berjiwa besar, berlapang dada mendahulukan kepentingan rakyat dan negara, segala urusan kepartian dan cita cita individu perlu dielakkan. Parlimen adalah satu institusi yang penting, menjadi mekanisme semak dan imbang, setiap tindakan kerajaan dapat diperhatikan dengan telus oleh rakyat.

Kongsi sekiranya bermanfaat, dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: