10 Tanda Kematian yang Sentiasa ‘Dicemburui’

Ye, mati itu pasti setiap sesuatu yang hidup pasti akan mati. Mesti ramai daripada kita inginkan kematian dalam keadaan baik (husnul khatimah).

Barang siapa yang akhir perkataannya ‘tiada tuhan melainkan Allah’ nescaya dia akan memasuki syurga”

Hadith riwayat Abu Daud (3316)

Justeru itu, tanda tanda husnul khatimah ialah sesiapa sahaja yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum meninggal dunia dia dijamin akan masuk ke syurga, ini berdasarkan hadith di atas.

Selain itu terdapat tanda tanda lain kematian yang dicemburui atau kematian yang diidamkan oleh setiap orang islam, antaranya ialah:

1.Mati pada hari atau malam jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Tidak ada orang islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur”

2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Iman Al Tirmidzi, Nabi Muhammad SAW bersabda “Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan peluh di dahinya”

4. Diberikan taufik dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.

5.Berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malek, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa gembira untuk bertemu Allah, maka Allah gembira bertemunya dan barangsiapa yang merasa berat untuk bertemu Allah, maka Allah juga akan merasa berat untuk bertemunya”

6. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut. Hadis riwayat oleh Muslim (1915) “Barangsiapa yang mati akibat penyakit berkaitan dalam perut, maka dia mati dalam keadaan syahid”

7. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Al Bukhori (652) ” Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit taun, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh dari bangunan atau tebing, dan orang yang syahid di jalan Allah”

8. Perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

9. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah diri.

10. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Berikut diatas adalah 10 ciri ciri kematian yang dicemburui atau kematian yang dicari cari iaitu husnul khatimah. Marilah kita memohon doa kepada Allah supaya kita semua mati dalam keadaan yang baik serta beroleh ganjaran syurga.

Sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Leave a Reply

%d bloggers like this: