Lan Solo Luah Rasa Kecewa, Buat Live Video Semasa Disaman MBSJ

Mohd Razlan Mohd Yusoff atau nama glamournya Lan Solo hari ini dilihat membuat live video meluahkan ketidakpuasan hatinya apabila dia disaman oleh MBSJ.

Lan yang dulunya adalah bekas penyanyi kumpulan rock Kristal, membuat live video semasa berada di kedainya dan ketika itu kelihatan 2 orang pegawai MBSJ seperti sedang mengeluarkan saman atas kesalahan menganggu lalulintas jalanraya.

Beliau berasa kecewa dengan tindakan pengadu yang membuat aduan kepada MBSJ, tambah beliau pengadu adalah orang yang duduk berdekatan sahaja, jelas beliau lagi kawasan di hadapan kedainya tidaklah sesibuk mana dan tidak menganggu lalulintas. Semasa kedatangan pihak MBSJ kebetulan pekerjanya sedang memunggah barang dari kontena. Lan memiliki kedai membekalkan makanan daripada Sabah dan Serawak yang diberi nama Solo Borneo Mart.

Beliau agak terkilan kerana masih ada individu yang tidak berpuas hati dengannya, dikala jualan yang tidak menentu semasa musim PKP, ini sedikit sebanyak membebankan beliau. Rata rata warga maya yang menonton live tersebut bersimpati dengan Lan, mereka turut mengecam kerana masih wujud sifat dengki sesama peniaga melayu

Leave a Reply

%d bloggers like this: