Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Dibuka untuk Permohonan Baru dan Rayuan

Menter Kewangan, Tengku Zafrul berkata Kerajaan telah bersetuju untuk membuka permohonan baru kepada sesiapa yang belum pernah memohon sebelum ini dan juga kepada mereka yang ingin membuat rayuan permohonan. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan dibawah PEMERKASAAN+ itu dibuka sejajar dengan saranan Perdana Menteri.

Pada tahun ini kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM9.1 Billion untuk bantuan BPR kepada lebih kurang 8.4 juta penerima. Penyaluran BPR yang seterusnya akan dibuat pada Ogos dan September 202. Permohonan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web Jabatan Hasil.

Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500, Pendapatan isi rumah
RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima RM300, Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas dengan pendapatan RM5,000 dan
ke bawah akan menerima RM100 dan Individu bujang berumur 59 tahun dan ke bawah dengan pendapatan
RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM100.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Tambahan, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web bpr.hasil.gov. untuk mendapat maklumat lanjut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: