Pemain Industri Automotif Perlukan Bantuan Kerajaan

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan banyak perniagaan yang terkesan, tidak terkecuali Industri Automotif. Ini berikutan kesemua bilik pameran diarahkan tutup, banyak urusan jual beli yang tidak boleh dilakukan.

Menurul artikel dari BH Online hampir tidak ada kenderaan yang boleh didaftarkan pada bulan ini, jika ada pun tidak akan dapat didaftarkan. Ini berikutan agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom beroperasi dalam kadar yang minimum. Banyak urusan yang diperlukan untuk mendaftarkan kenderaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Bagi Dealer yang bergantung kepada jualan kenderaan pasti akan merasa tekanan, ini kerana kos seperti sewa premis dan gaji pekerja tetap perlu dibayar walaupun tidak ada kenderaan yang mampu dijual. Bagi pemilik syarikat kenderaan terpakai atau kenderan recond mereka juga terpaksa menanggung kerugian akibat susut nilai apabila kenderaan disimpan dalam tempoh yang lama di bilik pameran. Sekiranya masalah ini berlanjutan tidak mustahil syarikat syarikat ini akan gulung tikar.

Masalah yang lebih berat tentulah kepada jurujual kenderaan, ini kerana kebanyakan mereka hanya bergantung kepada komisyen hasil jualan untuk menampung hidup. Seperti yang sedia maklum kebanyakan mereka hanya menerima gaji pokok yang minimum lebih malang ada yang bekerja tanpa diberikan gaji pokok, semata mata pendapatan hanyalah daripada komisen jualan sahaja.

Walaupun begitu, ini adalah masa yang terbaik untuk pelanggan yang berkemampuan untuk membeli kenderaan, kerana ada banyak pemilik syarikat jualan memberikan tawaran yang sangat menarik untuk memastikan kenderaan mereka terjual.

Sebelum ini kerajaan telah memberikan pengecualian cukai sebanyak 100% kepada kenderaan jenama tempatan dan 50% rebet kepada kenderaan Import. Namun, banyak pihak mengesa bantuan juga diberikan kepada jurujual jurujual kenderaan dan juga kepada pemilik pemilik syarikat yang terjejas.

Leave a Reply

%d bloggers like this: