Air yang Dicincang Kini Akan Putus

Peribahasa orang melayu dahulu ada disebut ‘air dicincang tidak akan putus’, yang bermaksud perselisihan antara adik beradik tidak akan lama pasti akan berbaik juga. Ikatan perhubungan antara adik beradik tidak boleh dipisahkan begitulah antara maksud peribahasa tersebut.

Namun semenjak tersebarnya satu video eksperimen menunjukkan bagaimana beliau memotong air dengan menggunakan pisau Superhydrophobic buat ramai netizen yang mula berasa sangsi akan peribahasa tersebut. Ada juga yang berseloroh mengatakan peribahasa itu sudah tidak releven.

Menggunakan pisau tersebut bukan sahaja air boleh dibelah kepada dua malah boleh dibelah menjadi tompok tompok yang kecil.

Di zaman yang penuh dengan fitnah dan tipu daya tidak mustahil ada yang sanggup memutuskan perhubungan demi mengejar sesuatu atau demi kelangsungan hidup. Walaupun terputus secara fizikal, namun hakikatnya sebuah hubungan antara adik beradik itu tetap wujud dan tidak akan terpisah.

Apakah pandangan pembaca sekalian, sila berikan pendapat anda pada bahagian komen.

Sumber Siakap Keli

Leave a Reply

%d bloggers like this: