Masih Tidak Serik, Pesta Makan Daging Anjing Diteruskan

Degil dan masih tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku sebelum ini itulah yang boleh diperumpamakan apabila masih ada yang menganjur Festival makan daging anjing secara besar besaran.

Beijing, China Festival acara tahunan itu tetap diteruskan biarpun mendapat bantahan dari ramai pihak. Sebanyak 5,000 ekor haiwan itu bakal dikorbankan untuk di makan selama 10 hari. Acara itu dianjurkan oleh peniaga peniaga anjing untuk menarik pelancong.

Pakar kesihatan mengatakan perhimpunan besar besaran untuk memakan anjing itu boleh menimbulkan kesesakan dan boleh mengakibatkan penularan masalah kesihatan. Dua bandar lain di China, iaitu Shenzen dan Zhuhai sebelum ini telah melarang aktiviti seperti itu kerana untuk mengelakkan berlaku lagi jangkitan COVID-19 yang sebelum ini disebabkan oleh pemakanan kelawar.

Sumber BH Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: