UMNO Sedang Ditawan??

Benarkah bahawa UMNO kini menjadi tawanan, ini berikutan dakwaan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia saudara Wan Muhammad Azri di laman Facebook beliau. Azri, atau lebih dikenali dengan gelaran Papa Gomo memuat naik beberapa status di Facebook miliknya.

Azri yang merupakan antara orang kuat UMNO yang dilihat selalu berkempen untuk parti, juga memuatkan bukti bagi menyokong kenyataan tersebut. Sekiranya benar apa yang dikata, UMNO kini sedang mengalami pergolakan dalaman dan tidak mustahil akan terpecah kepada dua.

“Sedarlah seluruh ahli UMNO bahawa parti ini telah dijadikan tebusan” ini antara hantaran yang telah dimuat naik oleh beliau yang didakwa memetik dari kenyataan Dato Sri Nazri Aziz, Ahli Parlimen Padang Rengas.

Ramai yang mengharapkan apa yang dikhabarkan itu tidak berlaku, UMNO adalah parti keramat orang Melayu ia perlu dijaga agar terus menjadi pembela kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Leave a Reply

%d bloggers like this: