Hebatnya Surah 3 Qul, Tapi Ramai yang Tidak Tahu

Surah yang pendek, mudah dan ringkas, pasti ramai dari kita yang sudah menghafalnya. Surah 3 Qul terdiri daripada surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Namun tahukah kita, betapa hebatnya ‘kuasa’ surah ini.

“Barangsiapa yang membacanya 3 kali ketika pagi dan ketika petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu” hadis riwayat Abu Daud (5082), Tirmidzi (3575)

Apa lagi yang kita inginkan, sekiranya segala urusan kita dipermudahkan, tidak ada apa yang terkurang, semua urusan harian kita berjalan lancar. Hebatkan surah 3 Qul ini.

Selain itu, ini antara kelebihan membaca surah 3 Qul semasa hendak tidur sebanyak 3 kali:

  1. Boleh mengelak gangguan jin
  2. Menolak gangguan syaitan
  3. Menghindar dari terkena sihir
  4. Menghindar dari penyakit ragu ragu
  5. Menghindar dari segala kejahatan
  6. Menghindar dari perkara buruk

Mari kita mengamalkan membaca surah surah ini, semoga kita semua beroleh kebaikan.

Sila share sekiranya artikel ini bermanfaat

Leave a Reply

%d bloggers like this: