Kesian Adik Rider Food Panda Basikal Kena Scam

Kesian adik ini kena scam dengan pelanggan. Adik ini merupakan rider Food Panda, beliu mengayuh basikal lebih kurang 3km untuk menghantar pesanan makanan yang bernilai RM 80 ke sebuah stesen minyak.

Adik ini istimewa sedikit kerana tidak boleh bertutur dengan baik. Menurut pekerja di stesen minyak tersebut mereka cuba membantu adik tersebut mencari siapa yang sebenarnya yang membuat tempahan.

Menurut kakitangan stesen minyak itu lagi, selepas mengetahui adik ini ditipu mereka membantu dengan membeli makanan yang dibawa. Mereka berharap agar tidak ada lagi orang yang sengaja membuat tempahan palsu seperti itu.

Bayangkan jika tidak ada yang membantu pasti adik si rider Food Panda tersebut akan mengalami kerugian, di dalam keadaan ekonomi yang semakin menekan ini setiap ringgit adalah sangat berharga. Tidak faham kenapa masih ada individu yang besikap sedemikian, menyusahkan dan mempermainkan orang ini bukanlah sesuatu yang kelakar.

Sumber Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Leave a Reply

%d bloggers like this: