Moratorium dan i-sinar Menteri Kewangan Akan Umum Dalam Masa Terdekat

“Isu Moratorium dan i-sinar, Salam semua. Saya sudah berbincang dengan PM dan agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah” Tengku Zafrul, Menteri Kewangan.

Itu adalah kenyataan terkini yang dimuat naik oleh Tengku Zafrul di halaman Facebooknya. Ternyata mengundang rasa gembira oleh rakyat yang majoriti mengharapkan program Moratorium dan i-sinar diteruskan oleh Kerajaan.

Ternyata luahan dan desakan rakyat yang di viralkan oleh media sosial membuahkan hasil. Melalui status facebooknya itu, Tengku Zafrul mengatakan bahawa kerajaan mendengar rintihan rakyat. Menurut Menteri Kewangan itu, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri serta agensi yang berkaitan dan pengumuman akan dibuat dalam masa yang terdekat.

Fasa PKP kali ini ternyata lebih memeritkan dari yang sebelumnya, ramai yang terjejas. Khabar ini sekaligus memberikan sinar harapan buat semua rakyat yang sedang dalam kepayahan di ketika ini.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100.

i-Lestari pula merupakan satu program KWSP, yang mana pencarum boleh mengeluarkan minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari Akaun 2 sehingga maksimum 12 bulan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: