Suara Rakyat Didengari, i-sinar dan i-lestari Mungkin Akan Disambung

Alhamdulillah, siapa kata suara rakyat di media sosial tidak berkuasa. Menteri Kewangan dalam kenyataan terbarunya sudah sedikit berlembut, jika sebelum ini beliau tidak bersetuju tetapi kali ini beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan itu berkata, salah satu permintaan yang sering diterima oleh kerajaan ialah perlanjutan program i-sinar dan i-lestari.

Kata beliau lagi, kerajaan faham dan bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi rakyat, malah beliau juga ada kenalan dan saudara yang memohon i-sinar dan i-lestari dan mereka menghadapi cabaran ketika ini.

Beliau juga memberitahu Kerajaan sentiasa mempertimbangkan semua cadangan dan penyelesaian yang diberikan bagi meringankan beban rakyat.

Ramai yang berharap agar Kerajaan meluluskan dan mempercepatkan program i-sinar dan i-lestari, lagipun ini adalah dari wang simpanan mereka sendiri yang amat mereka perlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup ketika ini.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100.

i-Lestari pula merupakan satu program KWSP, yang mana pencarum boleh mengeluarkan minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari Akaun 2 sehingga maksimum 12 bulan.

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: