Akibat Lupa Tutup Suara Mikrofon Pelajar Perempuan ini ‘kantoi’

Di zaman Bekerja Dari Rumah (BDR) dan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PDPR), para ibu bapa dan anak-anak pasti setiap pagi akan kelam kabut mengadap komputer dan telefon masing-masing. Lagi lagi kepada keluarga yang mempunyai ramai anak yang masih bersekolah.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @putrianisanisya di akaun Tik Tok kini tular, apabila seorang pelajar perempuan yang sedang fokus mengikuti kelas dalam talian tiba tiba menjerit kepada adiknya. Dia menjerit marah dengan berkata ‘diamlah’ kepada adiknya yang menggangu dan membuat bising. Ini menyebabkan guru serta kawan kawannya terkejut, selepas menyedari mikrofonnya tidak dimatikan dia dengan gelabah dan malu terus meminta maaf.

Kejadian itu menarik perhatian warganet, ramai yang berasa geli hati, ramai juga yang memberi komen komen kelakar. Nampak lembut, sopan tapi bila marah terus jadi harimau, “Allah tutup aib ko tapi ko lupa tutup mic” ini antara komen komen yang membuat warganet terhibur.

Selepas ini kena lebih berhati hati, duduk dalam rumah sendiri pun kena berjaga jaga terutamanya ketika anak-anak ada kelas kerana sekarang cikgu cikgu menggalakkan murid-murid untuk pasangkan camera. Jangan ada ayah ayah pula yang ‘kantoi’ bertuala dan tidak berbaju pulak, haru jadinya.

Leave a Reply

%d bloggers like this: