Keputusan PKP Disambung atau Tidak Hari Ini

Umum mengetahui PKP 3.0 akan berakhir pada 28 haribulan ini, namun keputusan samada Kerajaan akan meneruskan atau tidak akan diumumkan hari ini.

Sekiranya mengambil kira kes harian positif COVID-19 yang melebihi jumlah 5,000 beberapa hari ini besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan PKP akan disambung lagi. Ini juga mengambil kira Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru baru ini yang mengatakan PKP fasa pertama akan diteruskan sekiranya kes positif harian melebihi jumlah 4,000 orang.

Sekiranya PKP di sambung selama 14 hari, seminggu selepas itu umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Perkara ini juga perlu diambil kira oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan virus Covid-19. Adakah sekali lagi umat islam akan menyambut Hari Raya didalam PKP bakal diketahui nanti.

Sebahagian orang ramai ada yang mengesa kerajaan menamatkan PKP 3.0, kerana mereka perlu keluar bekerja demi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Ada juga yang tidak mahu kerajaan menamatkan PKP 3.0 dengan terburu buru, bimbang akan menyebabkan peningkatan mendadak kes positif COVID-19, yang boleh membawa kepada keadaan diluar kawalan.

Namun sekiranya kerajaan ingin meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan PKP ini, seharusnya disegerakan bantuan kepda rakyat. Bantuan seperti program i-sinar dan Moratorium perlulah dilaksanakan dengan segera.

Leave a Reply

%d bloggers like this: