Ebit Lew Berjaya Masuki Gaza, Pasukan Pertama Di Dunia yang Berjaya Masuk Melalui Pintu Rafah

Alhamdulillah, usaha Ebit Lew untuk memasuki Gaza telah berjaya. Ini berita yang dimuat naik oleh Pendakwah terkenal itu di akaun Facebook miliknya.

Beliau memberitahu, delagasinya telah masuk ke wilayah bergolak itu dengan diiringi oleh Tentera Mesir beserta kereta perisai di sepanjang jalan. Difahamkan juga, ini adalah kumpulan pertama yang berjaya masuk menerusi pintu Rafah setelah perang selama 11 hari tamat bulan Mei yang lalu.

“Sebak rasanya, seperti balik ke kampung halaman sendiri, mungkin dari kecil berdoa untuk Palestin, kini dapat menjejaki sendiri ke bumi Palestin” antara luahan Ebit Lew di laman Facebooknya.

Beliau mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu misi beliau ke Palestin. Atas bantuan Hishammuddin, Kementerian Luar Mesir terus datang membantu deligasi mereka.

Selain itu menurut Ebit Lew, Tengku Mahkota Johor TMJ juga banyak membantu dan memberikan sumbangan. Beliau juga turut berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

Belia juga berterima kasih kepada kerajaan Mesir yang banyak membantu, selain itu terima kasih juga diucap kepada Palestin Red Crescent Society dan Palestin Malaysia Red Crescent.

Dalam hantarannya lagi, beliau memohon maaf kerana lambat untuk mengemaskini statusnya disana atas masalah keselamatan.

Semoga Ebit Lew dan pasukannya berjaya dalam misi bantuan di Gaza, Palestin.

Leave a Reply

%d bloggers like this: