Kartunis Aie ‘Blues untuk Aku’ Telah Meninggal Dunia

Remaja yang membesar pada zama 90an pasti akan mengenali beliau, seorang kartunis yang terkenal dengan karyanya ‘Blues untuk Aku’. Hari ini saudara Aie atau nama sebenarnya Saari Sulong, telah pergi menghadap Ilahi. Beliau dilaporkan menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi ini akibat komplikasi buah pinggang.

Allahyarham juga yang dikenali dengan siri ‘Abe’ dan ‘Aku dan Sesuatu’ yang diterbitkan di Majalah Ujang adalah seorang kartunis legenda yang sangat hebat. Kematianya merupakan suatu kehilangan besar buat industri kartun dan komik Malaysia.

Anak kelahiran Johor itu meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Manggis, Banting.

Sama sama kita menghadiahkan Alfatihan untuk beliau, semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang orang yang beriman.

Leave a Reply

%d bloggers like this: