KWSP Perkenalkan i-citra, Pengeluaran Sehingga RM5,000

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sebentar tadi menyaksikan i-sinar digantikan dengan i-citra.

KWSP telah memperkenalkan kemudahan program pengeluaran baharu iaitu i-citra. Melalui program ini setiap pencarum boleh mengeluarkan sebanyak RM5,000 ringgit setiap seorang, bergantung kepada jumlah baki didalam akaun masing-masing.

Permohonan boleh dibuat pada 15 haribulan Julai ini melalui laman sesawang rasmi KWSP. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon pada bulan Ogos ini. Bayaran akan dibayar secara berperingkat iaitu sebanyak RM1,000 sebulan.

Menurut Perdana Menteri ini adalah keputusan yang sukar, dimana beliau mengambil jalan tengah diantara pencarum yang ingin mengeluarkan dan juga pencarum yang tidak mahu kerana ini adalah simpanan hari tua mereka nanti.

Ramai pencarum yang gembira dan berpuas hati dengan keputusan ini, namun ada juga yang mengharapkan KWSP membenarkan pengeluaran sehingga 10 peratus daripada jumlah simpanan.

Semoga ini dapat meringankan beban sesetengah pencarum yang sekarang menghadapi saat sukar dalam meneruskan hidup oleh bebanan pendamik Covid-19.

Leave a Reply

%d bloggers like this: