Sedih, Sayu dan Pilu Luahan Hati Wanita Ini

Sedih, sayu dan pilu itulah yang dapat disimpulkan apabila membaca luahan hati wanita ini.

Posting perkongsian ini lalu di dinding Facebook kami, di sini kami kongsikan sedikit luahan hati beliau.

“sumpah hari ini memang sayu, bila jejak kaki ke butik yang sepi sekian lama, sampai bila nak tunggu?sampai bila nak bertahan?

“Aku seorang je ke yang terlalu beremosi bila fikirkan masalah sekarang?

“Rumah, kereta, bill api, air, stor, butik, hutang hutang semua, semua aku nak sediakan, sedangkan pendapatan takda! takda!”

“yang ada sekarang pun hanya cukup untuk harian, sedih bila dipikirkan, aku cuba buat mana yang mampu, anak anak tak dimanjakan lagi dengan makanan mewah macam dulu”

“cukup sekadar apa yang ada dekat rumah. Alhamdulillah.. aku tahu ada orang yang lagi susah… Aku hanya nak meluah… Kerana hati ini sudah terlalu lelah… 😭😭 Rindu nak hidup macam dulu 🥺 “

Perkongsian ini menjadi tular dan menyentuh perasaan netizen yang membacanya.

Kami percaya wanita ini tidak keseorangan, ramai lagi diluar sana yang senasib dengan beliau, mungkin ada yg lebih teruk. Banyakkan bersabar dan berdoa agar kita dapat mengharungi semua ini dengan tenang. Jangan mudah mengalah dan kita perlu terus berusaha.

Sumber Ayumie Bridal

Leave a Reply

%d bloggers like this: