Tok Pa Mohan Maaf, Langgar SOP, Serah Kepada Polis

Dato Seri Mustafa Mohammad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) memohon maaf diatas pelanggaran SOP standard Perintah Kawalan Pergerakan PKP di dalam fasa Pelan Pemulihan Negara PPN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli itu cukup sinonim dengan panggilan ‘Tok Pa’ oleh penduduk disitu menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Tok Pa mengaku yang beliau ada singgah dan dihidangkan makanan oleh kedai Alfath Cafe, kampung Kalai Jeli pada pukul 5.30 petang Hari sabtu 26 june 2021.

Beliau yang terkenal dengan sikap rajin turun padang menyantuni penduduk di daerah Jeli itu berkata kehadirannya di kedai itu untuk meninjau dan melihat bagaimana pemilik cafe itu bertahan didalam tempoh PKP ini.

Beliau telah dihubungi oleh ketua polis daerah Jeli, dan memaklumkan kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara itu.

Sumber Bernama

Leave a Reply

%d bloggers like this: