Apakah Rasional Disebalik Mengibarkan Bendera Putih

Trending sekarang di media sosial berkenan saranan untuk mengibarkan bendera putih di rumah masing-masing sekiranya di ketika itu kita amat memerlukan bantuan segera seperti ketiadaan makanan.

Tanda pagar #RakyatJagaRakyat dan #BenderaPutih menjadi trending kerana ramai warganet bersama-sama menyebarkan info itu supaya sampai kepada golongan sasaran.

Mesej yang disebarkan berbunyi begini “Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih, kibarkannya di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera. Semoga ada yang datang membantu”

Tidak terkecuali golongan artis dan selebriti juga turut mewarwarkan mesej yang sama di akaun sosial mereka.

Namun begitu, ada juga beberapa pihak yang tidak berapa setuju dengan pendekatan tersebut. Mereka berpendapat tindakan mengibarkan bendera putih adalah seolah olah kita telah tewas dan menyerah kalah. Kenyataan ini juga disokong oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang, yang mengatakan adalah tidakk wajar untuk mengangkat bendera putih jika ingin meminta bantuan.

Di dalam masyarakat kita ini pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan swasta yang siap sedia membantu, seperti Baitulmal dan lembaga zakat. Kita ada Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen yang baru sahaja mendapat peruntukan RM 300,000 seorang untuk program Bakul Makanan di kawasan masing-masing. Nombor telefon hotline juga banyak di sediakan oleh pihak yang berkenaan untuk orang ramai memohon bantuan, mungkin lebih senang memetik butang telefon dari hendak mengibarkan bendera putih. Bagi orang islam sekiranya keadaan betul mendesak ketuklah pintu Masjid, InsyaAllah akan ada yang membantu.

Apakah rasionalnya untuk mengibarkan bendera putih? Walau apapun ia bergantung kepada keadaan diketika itu. Mungkin boleh menjadi pilihan terakhir yang tidak dapat dielakkan lagi, bendera putih bukan bererti kalah tapi usaha terakhir sebelum rebah.

Leave a Reply

%d bloggers like this: