Moratorium Automatik 6 Bulan Tanpa Syarat

Selain program i-citra yang diperkenalkan oleh KWSP bagi mengantikan i-sinar, pengumuman Perdana Menteri mengenai Moratorium adalah sesuatu berita yang amat melegakan bagi ramai rakyat Malaysia.

Pemberian Moratorium secara automatik dan tanpa syarat selama 6 bulan itu adalah sangat diperlukan untuk menempuh tempoh PKP yang kini dilanjutkan.

Moratorium kepada peminjam individu ini merangkumi kategori B40, M40 atau T20 dan juga kepada Usahawan Mikro. Tiada lagi syarat yang ditetapkan, tiada juga dokumentasi atau bukti yang diperlukan. Hanya perlu membuat permohonan sahaja.

Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021, ini diharap dapat membantu individu menguruskan aliran tunai dan sekaligus boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Semoga kita mengambil peluang ini untuk mengatur kembali pengurusan kewangan isi rumah masing-masing. Masa untuk berbelanja dengar berhemah dan sekiranya tidak ada keperluan mendesak janganlah ditambah dengan komitmen yang lain.

Leave a Reply

%d bloggers like this: