Perancis Ucap Selamat Tinggal Kepada Euro 2020

Juara Dunia, Perancis dikejutkan oleh Switzerland menerusi sepakan penalti malam tadi sekaligus menyaksikan mereka tersingkir dari kejohonan bolasepak Euro 2020.

Pada aksi pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik itu menyaksikan perlawanan yang dramatik antara kedua dua pasukan. Perancis ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama, kemudian Benzema bagkit menjaringkan 2 gol dan kemudian diikuti oleh Paul Pogba yang menambah satu lagi jaringan. Pada ketika ini mereka dilihat selesa untuk melangkah ke pusingan berikutnya selepas mendahului Switzerland dengan 3-1.

Namun begitu, Switzerland bangkit ketika Haris Seferovic meledak gol kedua perlawanan dan selepas itu Mario Gavranovic pula menyamakan kedudukan 3-3 dan memaksa perlawanan ke tambahan masa.

Penjaga gol Switzerland, Sommer menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada Mbapee, sekaligus menyaksikan mereka menang dengan jaringan 5-4.

Namun begitu, Kapten pasukan Perancis Hugo Lloris berkata “Kami menang bersama, kami kalah bersama,” katanya lagi “Kami semua bertanggungjawab kerana tersingkir pada tahap ini. Tiada siapa menyalahkan sesiapa.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: