Anwar Ibrahim Pilihan Utama Netizen Jadi PM ke-9

Ini adalah info yang dikongsikan oleh portal berita Sinar Harian, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan adalah pilihan utama netizen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-9.

Antara calon lain yang diundi ialah Datuk Seri Najib yang mendapat tempat ke 2 dengan jumlah undian sebanyak 24.45%. Ini diikuti Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin dengan 14.55%.

Manakala ditempat ke 4 Ahli Parlimen Rantau iaitu Datuk Seri Mohammad Hassan dengan jumlah undian 6.74%, manakala Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ditempat ke 5 dan diikuti oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ahli Parlimen Sembrong di tempat ke 6 dengan jumlah undian 3.89%.

Manakala pilihan utama sebagai calon PM ke 9, Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh mendahului calon lain dengan jumlah undian sebanyak 45.76%.

Hasil undian di atas talian itu melibatkan seramai 1,207 netizen di semua platform sosial media Sinar Harian.

Antara tokoh politik yang tidak berada dalam senarai calon ialah Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad. Selain itu, tidak ada seorang pun wakil dari parti PAS yang dicalonkan

Namun begitu, undian itu tidaklah boleh memberi gambaran yang tepat untuk mewakili pilihan lebih kurang 32 juta penduduk di Malaysia.

  1. Datuk Seri Anwar Ibrahim 45.76%
  2. Datuk Seri Najib Tun Razak 24.54%
  3. Tan Sri Muhyidin Yassin 14.55%
  4. Datuk Seri Mohammad Hassan 6.74%
  5. Khairy Jamaluddin Abu Bakar 4.57%
  6. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 3.89%

Sumber Sinar Harian

Leave a Reply

%d bloggers like this: