Beras Bantuan Dijual Oleh Penerima, Alasannya Amat Mengejutkan

Inilah yang selalunya berlaku apabila bantuan datang mencurah curah, begitu ramai yang berlumba lumba untuk menghulurkan bantuan.

Rakyat Malaysia dikenali dengan sikap pemurah dan baik hati, tetapi kadangkala ramai yang mengambil kesempatan di atas sikap pemurah ini. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita, Harian Metro mengenai ada penerima bantuan yang menjual kembali barangan pemberian oleh sukarelawan ini.

Sukarelawan bebas Ainul Farina Hussein, memberitahu ada penerima yang menjual balik beras yang diterima dengan harga RM5 sekampit. Alasan yang diberikan sangat mengejutkan, iaitu beras yang diterima sudah banyak selain itu beras yang diterima tidak mengikut selera seperti beras yang dibeli sendiri.

Menurut Ainul lagi, lelaki itu sebelum ini memohon untuk mendapatkan bantuan kerana kesempitan hidup. Lelaki itu juga dilaporkan meminta pelbagai jenis bantuan sebelum ini. Menurut Ainul lagi, bukan untuk mengungkit tetapi bantuan itu seharusnya disasarkan kepada mereka yang betul betul memerlukan.

Kejadian ini bukan yang pertama, oleh sebab ada segelintir yang bersikap sebegini, golongan sasaran yang sepatutnya menerima tidak menerima bantuan yang disalurkan. Inilah juga masalah yang dihadapi oleh agensi-agensi kerajaan dalam memberikan bantuan, disebabkan itu mereka lebih berhati hati dan mereka perlu membuat pelbagai tapisan terlebih dahulu.

Namun begitu, ini tidak boleh menjadi halangan kepada kita untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Memetik kata kata mantan Perdana Menteri Najib Razak, biarlah kita tersalah dalam memberi daripada kita terlepas memberi bantuan kepada seseorang yang betul betul memerlukan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: