Cara Cara Membuat Pengeluaran KWSP i-citra, Apa yang Kita Perlu Tahu

Seperti yang kita semua tahu Kerajaan telah membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan KWSP melalui skim i-citra. Jom kita tengok apakah syarat syarat dan juga bagaimana cara cara untuk membuat pengeluaran.

I-citra ialah kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas dan perbelanjaan harian.

Bayaran sebanyak RM1,000 sebulan, selama 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50 di dalam akaun.

Ahli yang layak memohon ialah mereka yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara, yang mempunyai simpanan minimum RM150 di dalam akaun.

Pegawai kerajaan juga boleh memohon, tetapi mereka berdepan risiko yang mungkin melibatkan syer kerajaan yang mana perlu dikembalikan semula kepada kerajaan.

Permohonan maksimum sebanyak RM5,000, bayaran akan dibuat sebanyak RM1,000 pada setiap bulan selama 5 bulan. Bayaran minimum RM50, syarat perlu meninggalkan sekurang kurangnya RM100 baki simpanan di dalam akaun 1.

Permohonan hanya boleh dibuat bermula 15, Julai 2021 sehinga 30 September 2021.

Permohonan hanya boleh dibuat melalui atas talian (Online) iaitu dengan melayari portal icitra.kwsp.gov.my.

Bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai, bayaran dijangka akan dibuat pada Ogos 2021.

Sila share sekiranya bermanfaat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: