‘Die Mannschaft’ Pula kena ‘Bungkus’ Dengan England

Euro 2020 kali ini penuh dengan kejutan, kali ini giliran Jerman pula tersingkir apabila tewas kepada pasukan England 0-2 pagi tadi.

Pengurus pasukan Jerman, Joachim Low menyalahkan barisan penyerang mereka yang gagal menyudahkan beberapa peluang jarak dekat, sebaliknya England pula yang menjaringkan gol.

Gol pertama England dihasilkan oleh Raheem Sterling dan diikuti oleh jaringan Harry Kane di Stadium Wembley pada separuh masa kedua meranapkan peluang pasukan yang dikenali dengan gelaran ‘Die Mannschaft’ itu untuk ke peringkat seterusnya.

Beliau berkata “Kami gagal memanfaatkan dua peluang terbaik yang kami miliki menerusi Muller dan Timo Werner,” berikutan gagal memanfaatkan peluang boleh memberi impak yang sangat besar untuk pasukan

Nasib Joachim Low yang sebelum ini membawa Jerman menjadi Juara Dunia juga besar kemungkinan akan berakhir. Mengulas mengenai masa depannya di Jerman beliau berkata belum memutuskan lagi samada kariernya selama 15 tahun itu akan tamat selepas tersingkirnya Jerman pada edisi Euro 2020 ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: