Bendera Putih, Propaganda Politik, Cemburu, Mahu Tunjuk Kerajaan Gagal – MB Kedah

Polimik mengenai mengibarkan bendera putih masih belum reda. Terbaru Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor menganggap kempen mengibarkan bendera putih bermotifkan politik yang sengaja dibuat untuk mencalarkan imej Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau memberitahu ada wakil rakyat pembangkang yang pergi ke rumah orang dan tolong naikkan bendera, itu bukan kerja wakil rakyat, itu kerja gila jangan buat kerja bodoh kata beliau lagi.

Beliau mmengingatkan orang ramai tidak perlu naikkan bendera putih kerana banyak lagi saluran lain yang boleh digunakan untuk memohon bantuan.

“Angkat bendera putih adalah tindakan orang yang kalah dalam perang atau kalah ketika perlawanan tinju” kata beliau lagi. “Kita masih belum kalah, teruskan berjuang jadi gunakan saluran yang betul untuk meminta bantuan”.

Leave a Reply

%d bloggers like this: